- Setiap pendaftaran bersama pembayaran deposit wajib dilampirkan bersama salinan Kad pengenalan atau salinan passport bagi semakan kewarganegaraan.
- Dokumen yang diperlukan bagi permohonan visa dan pembayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh berlepas.
- Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pembatalan pendaftaran dan pembayaran yang telah dibuat tidak dipulangkan ATAU kenaikan pada harga pakej individu.
- Semua pembayaran hendaklah dibuat secara terus kepada akaun syarikat ZAHAZAN TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab bagi mana-mana transaksi yang tidak dibuat terus kepada akaun Syarikat.
PEMBATALAN DAN CAJ PEMBATALAN
- Permohonan pembatalan hendaklah secara bertulis melalui Borang Khas yang disediakan syarikat dan adalah tertakluk kepada Perkara 3.2.1 (bagi Pakej Berkumpulan) dan Perkara 3.1.1 dan 3.1.2 (bagi FIT) Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Pengembalian wang setelah ditolak Caj Pembatalan adalah juga tertakluk kepada:-
i) Pelucutan bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat sewaktu pembatalan.
ii) Pelucutan bayaran penuh tambang pelancongan sekiranya tiket penerbangan telah dicetak sewaktu pembatalan.
iii) Pelucutan bayaran RM200.00 sekiranya beg atau buku panduan telah diserahkan.
- Caj sebanyak RM400 akan ditolak dari deposit RM1000.00 bagi setiap pembatalan terhadap tempahan Pakej Berkumpulan. Tidak ada pemulangan deposit RM200.00 bagi FIT.
PERTUKARAN NAMA PESERTA PELANCONGAN/PENUNDAAN PAKEJ
- Permohonan hendaklah dibuat secara rasmi melalui Borang Khas yang disediakan oleh Syarikat dan perlu mendapat akuan pengesahan penerimaan dan kelulusan secara bertulis dari Syarikat.
- Permohonan untuk menukar nama peserta hendaklah dibuat dalam tempoh 61 hari sebelum penerbangan DAN peserta hendaklah memastikan nama peserta baru telah mematuhi syarat visa.
- Penundaan pakej hanya dibenarkan sekali sahaja. Bagi penundaan pakej umrah, hendaklah di dalam Tahun Hijrah yang sama. Bagi pakej pelancongan selain umrah adalah tidak lebih dari 8 bulan. Penundaan pakej adalah tertakluk kepada syarat berikut:-
Penundaan Diterima | Caj Dikenakan |
91 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | RM50 seorang |
61-90 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | RM200 seorang |
Dalam tempoh 60 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | penundaan tidak dibenarkan |
PROMOSI DAN MAKLUMAT PAKEJ- Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat dan promosi yang tidak tepat yang dibuat oleh wakil sah yang dilantik oleh Syarikat.
- Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat dan promosi yang dibua oleh mana-mana individu yang bukan merupakan wakil sah yang dilantik oleh Syarikat dan/atau representasi palsu yang dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan Syarikat dan maklumat pakej/promosi sama ada di media cetak atau media sosial.
PINDAAN DAN TAMBAHAN TERMA DAN SYARAT
- Syarikat berhak pada bila-bila masa meminda dan/atau menambah apa-apa syarat dan terma yang difikirkan patut.